Pendudukan Polis (Yunani Purba)

Setiap orang yang menduduki kota-kota ini dibahagikan mengikut suatu kelas sosial:[4]

  • Warganegara berhak penuh politik dan undang-undang: golongan lelaki merdeka kelahiran ibu dan bapa yang merdeka dengan hak mengundi, boleh dilantik ke jawatan wewenang, boleh memiliki senjata serta berkewajiban menyertai tentera dalam waktu perang.
  • Warganegara berhak penuh undang-undang: golongan wanita dan anak-anak bawah umur (terutamanya yang berusia 18 tahun bagi lelaki)[4]:69 yang diwakili saudara-mara lelaki
  • Métiokos (μέτοικος): Pemastautin dari negara-negara kota lain. Merdeka dengan hak kedudukan dan pemilikan sendiri dikenakan cukai, tetapi tiada hak mengundi dan penjawatan. Hamba abdi yang dimerdekakan (apeleutheros, ἀπελεύθερος) diberikan status ini jika kekal berada di tempat asalnya.[4]:82
  • Hamba abdi: orang-orang yang ditawan dalam peperangan dengan kota-kota lain mahupun dilahirkan ibubapa berkedudukan ini.[4]:79 Hamba-hamba abdi tiada langsung hak selain yang diberikan tuan pemilik serelanya. Ada juga hamba yang dimiliki pihak kota melibatkan diri dalam urusan pentadbiran termasuk menjaga kawasan kota atau mengurup wang.[4]:83